Week 6

SLOGAN : "IS THIS MEDICATION SAFE FOR MY PATIENT?"

MESSAGE FROM THE DIRECTOR THIS WEEK
Medication error is almost ALWAYS PREVENTABLE. It results in patient harm.

UMMC strives to meet patient expectations of efficiency, quality, safety and friendliness as shown in its core values. To ensure medication safety, medication administration to patients must incorporate the Eight RIGHTS. Before administering a medication to a patient, a healthcare worker should ensure that the following patient rights are met:

Right PATIENT shall receive the medication
Right MEDICATION NAME has been prescribed LEGIBLY by Doctor
Surgical Procedures
Right REASON for the prescription of medication
Right DOSE has been prescribed
Right TIME for the medication to be received by patient
Right ROUTE for the medication to be received by patient
Right DOCUMENTATION for the medication
Right of patient to UNDERSTAND the reasons, effects and side effects of medication

The Gold standard of Medication safety is "Zero Medication Error". To achieve this requires strong commitment and perseverance by all healthcare workers on meeting the Eight RIGHTS and on effective communication among colleagues. I THANK all healthcare workers for your strong efforts to ENSURE MEDICATION SAFETY for your patients and wish all UMMC healthcare workers success towards achieving MSQH accreditation

Thank you


Minggu 6

SLOGAN : "ADAKAH UBAT INI SELAMAT UNTUK PESAKIT SAYA?"

PESANAN PENGARAH MINGGU INI
Kesilapan ubat-ubatan boleh DIELAKKAN. Ia mendatangkan kemudaratan kepada pesakit.

PPUM sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak pesakit di dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang efisien, berkualiti, selamat dan mesra seperti yang dinyatakan di dalam Nilai Teras PPUM. Bagi memastikan keselamatan semasa pengendalian ubat-ubatan kepada pesakit, semua pengamal perubatan perlu mematuhi amalan '8 Hak Pesakit' seperti berikut:

Mengenalpasti PESAKIT YANG BETUL semasa memberi ubatan
Memilih UBATAN YANG BETUL melalui preskripsi yang disahkan oleh doktor
Menerangkan dan memberitahu pesakit SEBAB UBATAN DIBERI
Mengira DOS YANG BETUL sebelum mengeluarkan ubatan
Memastikan pesakit diberi ubatan mengikut MASA YANG BETUL
Memastikan pesakit diberi ubatan dengan CARA YANG BETUL
Memastikan ubatan DIDOKUMENTASIKAN DENGAN BETUL
Menerangkan dan memberitahu pesakit mengenai HAK MEREKA untuk mengetahui sebab, kesan dan kesan sampingan ubatan yang diambil

Tahap kecemerlangan tertinggi dalam keselamatan ubat-ubatan adalah "0% Kesilapan Ubat". Bagi mencapai matlamat ini, ia memerlukan komitmen dan ketekunan di kalangan semua pengamal perubatan di dalam mempraktikkan amalan '8 Hak Pesakit' dan komunikasi yang berkesan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal perubatan di atas usaha yang berterusan di dalam memastikan dan menjamin keselamatan ubat-ubatan kepada pesakit di PPUM. Semoga PPUM berjaya mencapai akreditasi MSQH.

Sekian, terima kasih



Week 5

SLOGAN : "DO WE HAVE THE CORRECT PATIENT?"

MESSAGE FROM THE DIRECTOR THIS WEEK
Patient identification is the process by which the identity of the patient is reviewed and verified at each point of patient care, such as:

Sample collection - Blood, Body Fluids, Tissues
Radiology procedures - X-ray, ultra-sound, CT, MRI and Angiography
Surgical Procedures
Transfusion Medicine - Blood Donation, Blood Transfusion and Plasma Exchange
Medication - Prescribing, Dispensation, Administration and Counseling
Other Procedures - Endoscopy, physiotherapy, EMG, Amniocentesis, Haemodialysis, Bone Marrow and Radiotherapy

The use of two (2) identifiers is the minimum safety measure - checking patient's full name and Registration number or Identification number or Birth date by asking the patient to say it AND confirm with their wristband. Identifiers should NOT include the patient's bed number, room number or gender.

Vulnerable Patients at Risk - Unconscious Patient, Child, Psychiatric and Demented Patient - the patient is identified by asking the patients relative or carer AND confirm with their wristband

DO NOT REMOVE PATIENT'S WRISTBAND.
SAFETY OF YOUR PATIENT DEPENDS ON FOLLOWING CORRECT PATIENT IDENTIFICATION.

Please do not allow any mistakes to occur in correct patient identification. I hereby invite all staff to join me in continuing this steady progress towards successful MSQH accreditation.

Thank you


Minggu 5

SLOGAN : "ADAKAH PESAKIT INI PESAKIT YANG BETUL?"

PESANAN PENGARAH MINGGU INI
Pengenalan pesakit adalah proses di mana identiti pesakit disemak dan disahkan dalam setiap proses penjagaan pesakit seperti berikut:

Pengumpulan sampel - Darah, Bendalir Badan, Tisu
Prosedur Radiologi - X-ray, ultrabunyi, CT, MRI dan Angiografi
Prosedur Pembedahan
Perubatan Transfusi - Derma Darah, Transfusi Darah dan Pertukaran Plasma
Ubat - Preskripsi, Pendispensan, Pentadbiran dan Kaunseling
Lain-lain Prosedur - Endoskopi, Fisioterapi, EMG, Amniosentesis, Hemodialisis, Sumsum tulang dan Radioterap

Penggunaan dua (2) kaedah pengenalan pesakit adalah langkah keselamatan yang minimum - memeriksa nama penuh pesakit dan nombor pendaftaran (RN) atau nombor kad pengenalan atau tarikh lahir dengan meminta pesakit untuk menyebut nama penuh dan maklumat berkaitan. Prosedur ini disahkan dengan memeriksa tanda pengenalan pada pergelangan tangan pesakit. Pengenalan pesakit TIDAK harus melibatkan nombor katil pesakit, nombor bilik atau jantina pesakit.

Pesakit terdedah kepada Risiko iaitu pesakit tidak sedarkan diri, kanak-kanak, Psikiatri dan Pesakit yang pelupa - Pesakit ini dikenal pasti dengan mendapatkan maklumat pengenalan diri pesakit daripada ahli keluarga atau penjaga dan disahkan dengan memeriksa tanda pengenalan pada pergelangan tangan pesakit.

TANDA PENGENALAN DI PERGELANGAN TANGAN PESAKIT (WRISTBAND) TIDAK BOLEH DIBUKA/DIPINDAHKAN.
KESELAMATAN PESAKIT ADALAH BERGANTUNG KEPADA PENGENALAN PESAKIT YANG BETUL.

Elakkan sebarang kesilapan dalam mengenal pasti pesakit yang betul ketika menjalani proses perawatan pesakit. Dengan ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memastikan kejayaan proses akreditasi MSQH pada Disember ini.

Sekian, terima kasih



Week 4

SLOGAN : "SAFE SURGERY SAVES LIVES"

MESSAGE FROM THE DIRECTOR THIS WEEK
'TIME OUT VERIFICATION' is vital in ensuring patient’s safety while undergoing procedure/operation. The team that carries out 'Time Out' verification, must occur as soon as patient enters the operating/procedure room, but prior to the commencement of the procedure/operation. It's requires an active participation from all team members involved.

A stopped period of time when all member of the surgical/procedure team participate in the positive identification of the patient, the intended procedure and the visualization of the marked site of the procedure. All staff present are to STOP what they are doing and participate in the Active Time Out.

Verify each of the following elements:

CORRECT PATIENT
CONSENTED
CORRECT PROCEDURE
CORRECT SITE
SPECIAL EQUIPMENT/IMPLANTS/REQUIREMENT OR SPECIAL MEDICATION AVAILABLE

I hereby invite all staff to join me in continuing this steady progress towards successful MSQH accreditation.

Thank you


Minggu 4

SLOGAN : "PEMBEDAHAN YANG SELAMAT MENYELAMATKAN NYAWA"

PESANAN PENGARAH MINGGU INI
PENGESAHAN 'TIME OUT' adalah penting dalam memastikan keselamatan pesakit semasa menjalani prosedur / pembedahan. Ini akan dimulakan oleh JURURAWAT di Dewan Bedah atau kawasan prosedur, yang akan membaca prosedur pemeriksaan.

Pengesahan 'Time Out' mesti dilakukan sejurus selepas pesakit memasuki dewan pembedahan / bilik prosedur, tetapi sebelum bermulanya pembedahan/prosedur. Proses ini mesti direkodkan.

Satu tempoh BERHENTI yang mana semua ahli pasukan pembedahan / prosedur mengambil bahagian dalam mengenal pasti pesakit. Prosedur yang dirancang dan menyemak kawasan yang ditandakan untuk prosedur. Semua staf dalam pasukan pada ketika itu perlu BERHENTI dari melakukan sebarang tugas dan mengambil bahagian dalam 'Active Time Out' tersebut.

Pengesahan adalah berpandukan perkara-perkara berikut:

PESAKIT YANG BETUL
KEBENARAN BERTULIS
PROSEDUR YANG BETUL
TEMPAT PEMBEDAHAN YANG BETUL
PERALATAN KHAS / IMPLAN / UBAT-UBATAN KHAS/ KEPERLUAN TELAH TERSEDIA

Dengan ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memastikan kejayaan proses akreditasi MSQH pada Disember ini.

Sekian, terima kasih



Week 3

SLOGAN : "DID I WASH MY HANDS?"

MESSAGE FROM THE DIRECTOR THIS WEEK
Did I WASH my HANDS? How many times did I WASH my HANDS today? Let ask ourselves.

We've probably been told a thousand times that we need to wash our hands, but we might be wondering is it really THAT important??

The answer is YES, it is IMPORTANT. Washing our hands is often considered the number one way of preventing the spread of germs and keeping people healthy. Think about all of the things that we touched today - from having breakfast, touch our patient and to the lavatory. Whatever we did today, we came into contact with germs. We can't wear rubber gloves all day long, but we can wash our hands.

REMEMBER: Germs are too small for us to see, but that doesn't mean they’re too small for us to wash away! Keep ourselves and our PATIENT HEALTHY and SAFE by washing often! So when are the best times to wash OUR hands to make OUR patient healthy?

EVERY TIME BEFORE AND AFTER TOUCHING OUR PATIENT
BEFORE AN ASEPTIC TASK
AFTER BODY FLUID EXPOSURE RISK AND
AFTER CONTACT WITH PATIENT SURROUNDINGS

CLEAN HANDS SAVES LIVES
MAKE THIS A HAPPY HOSPITAL FOR PATIENTS AND STAFF

Further to this I would also like to congratulate all staff in wards NICU and PICU for their achievement above 75% compliance in the Hand Hygiene Audit done in the month of July 2012. I hereby invite all staff to join me in continuing this steady progress towards successful MSQH accreditation.

Thank you


Minggu 3

SLOGAN : "ADAKAH SAYA TELAH MENCUCI TANGAN SAYA?"

PESANAN PENGARAH MINGGU INI
Adakah saya telah MENCUCI TANGAN saya? Berapa kerap saya telah mencucinya pada hari ini? Mari kita bertanyakan diri kita.

Kita mungkin telah kerap kali diberitahu mengenai keperluan mencuci tangan. Namun kita mungkin tertanya-tanya mengapakah ia sangat PENTING?

Jawapannya adalah YA, ia sangat PENTING. Ini kerana mencuci tangan sering dianggap satu kaedah utama untuk mencegah penyebaran kuman dan menjadikan kita sihat. Fikirkan mengenai semua perkara yang kita telah sentuh pada hari ini - dari bersarapan pagi, menyentuh pesakit dan menggunakan tandas. Apa sahaja yang kita lakukan hari ini, kita terdedah dengan kuman. Kita tidak boleh memakai sarung tangan getah sepanjang hari, tetapi kita boleh mencuci tangan.

PERINGATAN: Kuman terlalu kecil untuk dilihat, tetapi tidak bermakna ia terlalu kecil untuk dibersihkan! Kekalkan kesihatan diri dan pesakit dengan melakukan kekerapan pencucian tangan.
Oleh itu, bilakah masa terbaik sekali mencuci tangan bagi mengekalkan kesihatan diri dan pesakit?

SETIAP KALI SEBELUM DAN SELEPAS MENYENTUH PESAKIT
SEBELUM MELAKSANAKAN PROSEDUR ASEPTIK
SELEPAS PENDEDAHAN BENDALIR BADAN YANG BERISIKO DAN
SELEPAS BERADA DI DALAM PERSEKITARAN PESAKIT

TANGAN BERSIH MENYELAMATKAN NYAWA
JADIKAN HOSPITAL INI CERIA DAN SELAMAT BAGI
PESAKIT DAN STAF

Dengan ini, sukacitanya saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua staf di wad NICU dan PICU di atas pencapaian pematuhan melebihi 75% dalam Audit Kebersihan Tangan yang dilaksanakan dalam bulan Julai 2012. Dengan ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memastikan kejayaan proses akreditasi MSQH pada Disember ini.

Sekian, terima kasih



Week 2

SLOGAN : "PROPER COMMUNICATION SAVES TIME AND SAVES LIVES"

MESSAGE FROM THE DIRECTOR THIS WEEK
UMMC is approaching the final stages of preparation for the survey by Malaysian Society for Quality in Healthcare on 12-14 December 2012.
Proper communication by staff with our patients shows that we respect their rights to know about the healthcare services they receive.
Proper communication by staff with our patients shows that we care about giving them the right information to save them time.
Proper communication among our staff shows that we care for the safety of our patients.
Proper communication among our staff shows that we care for the quality of our workplace environment and report all problems that need to be rectified.
I invite all staff to join me in continuing this steady progress towards successful MSQH accreditation.

Thank you


Minggu 2

SLOGAN : "KOMUNIKASI BERKESAN MENJIMATKAN MASA DAN MENYELAMATKAN NYAWA"

PESANAN PENGARAH MINGGU INI
PPUM kini di peringkat akhir dalam persediaan untuk menghadapi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Survey yang akan dilaksanakan pada 12 hingga 14 Disember 2012.
Komunikasi berkesan di antara staf dan pesakit menunjukkan bahawa PPUM menghormati hak pesakit dalam memastikan mereka dimaklumkan mengenai perkhidmatan yang diberi.
Komunikasi berkesan di antara staf dan pesakit menunjukkan bahawa PPUM amat prihatin dalam memberikan maklumat yang betul untuk menjimatkan masa pesakit.
Komunikasi berkesan di antara staf dan pesakit menunjukkan bahawa PPUM amat prihatin terhadap keselamatan pesakit.
Komunikasi berkesan di antara staf dan pesakit menunjukkan bahawa PPUM amat prihatin terhadap kualiti persekitaran kejadan melaporkan semua pemasalahan yang memerlukan tindakan penambahbaikan.
Dengan ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memastikan kejayaan proses akreditasi MSQH ini.

Sekian, terima kasih



Week 1

SLOGAN : "TOWARDS SAFER HEALTHCARE"

MESSAGE FROM THE DIRECTOR THIS WEEK
UMMC is approaching the final stages of preparation for the survey by Malaysian Society for Quality in Healthcare. I have great pride in announcing that UMMC will be the first Teaching Hospital to be surveyed for accreditation. The survey will be conducted on 12-14 December 2012. This willinvolve all staff and all patients attending UMMC on those dates. I would like to congratulate staff for their efforts in producing the tremendous changes that have taken place in our hospital towards delivering healthcare, training and research in medical specialties, community services and patient welfare through our hospital's core values: excellence, efficiency, empathy, ethical conduct, patient-centredness, and friendliness. All these efforts will assure our customers and our staff that their safety and satisfaction is our highest concern. I invite all staff to join me in continuing this steady progress towards successful MSQH accreditation.


Minggu 1

SLOGAN : "KE ARAH PENJAGAAN KESIHATAN YANG SELAMAT"

PESANAN PENGARAH MINGGU INI
PPUM kini di peringkat akhir dalam persediaan untuk menghadapi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Survey. Dengan ini saya dengan penuh rasa bangga ingin mengumumkan bahawa PPUM adalah hospital pengajaran pertama yang akan dinilai berdasarkan standard akreditasi MSQH. Penilaian ini akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember 2012 dan akan melibatkan semua staf dan pesakit yang berada di PPUM semasa survey dilaksanakan. Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua staf PPUM di atas segala usaha dan transformasi yang dilaksanakan dari segi perkhidmatan penjagaan kesihatan, latihan dan penyelidikan dalam bidang perubatan, khidmat sosial dan kebajikan pesakit berdasarkan nilai teras PPUM iaitu Kecemerlangan, Efisen, Empati, Etika, Berpusatkan Pesakit dan Kemesraan. Kesemua usaha ini akan menjadi satu jaminan kepada setiap pelanggan dan staf PPUM yang mana keselamatan dan kepuasan mereka merupakan satu keutamaan. Dengan ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memastikan kejayaan proses akreditasi MSQH ini.

0% PATIENT'S FALL

0% MEDICATION ERRORS

0% BLOOD TRANSFUSION
ERRORS